Thursday, 16 April 2015

Kerana Husna Part 3!

  Husna berjalan beriringan bersama Shahira, sahabat baiknya menuju ke kantin.

 “Kau kata tadi parents kau nak buat kenduri arwah, betul ke? Bila?” soal Shahira sambil tangannya ligat memilih beberapa makanan segera. Husna menganguk. Seraya berkata

”Yupp.. mak dengan ayah aku cakap hari jumaat depan. Hey, kau datang ye?”
 .
  “Ofcouselah aku datang babe! Tapi sebelum tu...” Shahira menlihat sekelilingannya kalau-kalau ada yang terdengarkan perbualan mereka. Husna yang tidak tahu apa-apa turut mengikuti lagak temannya itu.

 “Kau kena makesure yang aku takkan basuh pinggan mangkuk tau. Adoiii!!!” Husna mencubit dipinggang langsing Shahira.

“What’s wrong with you makcik! Sakit tau!” Shahira mengurut-mengurut pinggangnya.

“Kau tulah! Suka sangat buat suspen. Nahhh.. sekarang kan dah kena! Padam muka!” Husna dengan rakusnya menyuapkan ketang goreng kedalam mulutnya. Shahira yang masih tidak berpuas hati, menjelir lidah kearah Husna. Tangannya masih tidak habis-habis lagi memegang pinggangnya. Husna ni kalau cubit orang no 1, getus hatinya.
  Selesai makan dikantin, mereka berjalan beriringan menuju kekelas 4 Sains Ke-2. Semasa mereka sedang rancak berbual, Shahira yang terpandangkan sesuatu lalu menyiku Husna yang leka bersembang dengan rakan mereka yang lain.

 “Ishhh.. apa?!” marah Husna.

“Tuuuu!!.. Nine kau tu!” Husna menoleh kearah sekumpulan pelajar lelaki yang memakai pakaian seragam pengawas sekolah. Tapi, diantara empat orang pelajar lelaki agaknya siapa yang dimaksudkan oleh Shahira? Jeng...jeng..jeng..!! Huhhhhhh!!!.. mestilah pelajar lelaki yang berjalan dikiri sekali. Berambut hitam dan berstyle ala-ala nak pancak taknak pancak, macam tulah. Dan berkulit sawo matang bersih. Dan yang paling menarik perhatian kedua-dua sahabat ni mestilah bijak dalam pelajaran. Bak kata hati Husna yang berbunga itu

  “Perfect!”.
Husna menlihat pelajar lelaki itu dengan mulut sedikit ternganga. Ishhh.. tak senonoh betul kawan aku ni! Shahira yang terperasaankan keadaan Husna, menolak mulut rakannya itu, sekali gus menyedarkan gadis itu dari lamunannya. Pelajar lelaki itu yang terperasankan Husna, mengukirkan senyuman manis kearah Husna. Perghhhhhh!!! Cair kot, mak! Bisik hati Husna. Shahira menlihat rakannya itu semula.


  “Weyy.. Sudah-sudahlah kot. Dok usha mamat tu sampai nak terkeluar biji mata kau tu, aku tengok!” . Nyampah kot! Jerit hati Shahira. Husna tersenyum mengoda kearah Shahira.

“Kau takkan faham Shahira. Kau takkan faham! Perasaan ini kau takkan dapat semasa kau tackle mamat Fizi tu. Kau takkan dapat, Shahira!”.

  ”Kau takkan dapat Shahira, kau takkan dapat! Huhh.. loya tekak aku dengarnya, kau tahu? Kalau nak dicomparekan siNine tu dengan Fizi aku. Cofirm siFizi aku lagi hensem,okay?!” Husna mencebik mendengar kata-kata rakannya itu.

 “Atleast, siNine aku tu lagi matured dari Fizi kau tu! Dan yang penting, he’s more briliant than your Fizi! Got it?”  Shahira membuat mulut itik kearah Husna.

“Lawan dengan kau ni, sampai esok tak habis!”.


  “Huhh.. tahu takpa! Tak tahu tanya, okay?” Husna mengenyit mata kearah Shahira. Mereka berjalan menaiki tangga bersama-sama.

  
“Mama.. nak apa-apa tak? Abah nak keluar ni!” Encik Malik menekan kunci kereta Proton Saganya. Keliahatan Puan Sabariah berlari terkocoh-kocoh kearah suaminya. Encik Malik Cuma mengeleng menlihat isterinya itu.

“Kejap!! Bagi saya tarik nafas dulu. Hehhhhhhhh.. Fuhhhhhhhh”.

“Cepatlah! Saya ada hal kejap lagi” Encik Malik membuka pintu keretanya. Puan Sabariah tersenyum manis kearah suaminya.

“Nah! Senarai barang yang awak kena beli”. Encik Malik mengambil kertas yang dihulurkan oleh isterinya. Matanya tiba-tiba terbeliak saat menlihat senarai barangan itu.

  “Makk aihh!! Banyaknya! Sampai depan belakang awak tulis”.Encik Malik mengeleng-mengeleng melihat isterinya.

  “Maknya.. kita nak buat kenduri arwah bukan kenduri kahwin. Cukup la beli setakat barang yang perlu buat masa sekarang. Lagipun, kenduri itu minggu depan, harini baru hari selasa. Campur harini ada lagi 10 hari lagi nak kenduri tu”. Bebel panjang Encik Malik ni, getus hati Puan Sabariah. Puan Sabariah tersenyum sumbing.

 “Memanglah kenduri itu lagi 10 hari, tapi taksalahkan kalau beli barang awal-awal? Nanti senanglah awak saya tak menyuruh kedepan” perli Puan Sabariah.

  “Eh..eh..ehh..Kesitu pulak? Sudahlah maknya, nanti kalau ada barang yang nak beli lagi, mesej saya ye?”. Encik Malik memulangkan paku buah keras semula kepada isterinya yang telah panjang menarik muncung. Puan Sabariah melambai kearah suaminya sebelum suaminya hilang dari pandangannya. Dia menarik pintu pagar rumahnya sambil membebel “Betul cakap adek. Kalau pintu pagar rumah aku ni automatik kan bagus”. Dia berjalan menuju kerumahnya. Langkah kaki kanannya terhenti apabila disapa jiran sebelah rumah iaitu Puan Nabilah atau lebih glamour dengan gelaran sebagai Kak Nab.

  “Dah nak masuk ke Sabariah? Mai la pekena kopi secawan dulu!” laung Kak Nab. Kepalanya disuakan kerumah Puan Sabariah. Puan Sabariah menyarungkan seliparnya semula lalu berjalan ia kearah Kak Nab.

  “Yelah, Nab. Dah tengahari sudah. Kejap lagi SiHusna balik nanti kesian pulak dia takda makanan tengahari. Budak sekolah lah katakan” Puan Sabariah yang sudah berura-ura ingin masuk ditahan oleh Kak Nab.

  “Ohh.. yeke? Ni Sabariah, anak hang tu ada tak lagi boyfriend?”. Mula dahlah tu, bisik Puan Sabariah.



  “Takpa lah Nab, aku masuk dulu ye? Banyak lagi kerja yang aku nak buat. Assalamualaikum” Puan Sabariah terus menghilangkan diri kedalam rumahnya. Kak Nab membebel seorang di beranda.