Thursday, 26 February 2015

Kerana Husna Part 2.

Firdaus merenung kearah sekeping gambar yang terlekat di komputernya. Lama. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sesuatu yang hanya dia dan empunya gambar itu sahaja tahu. Ya. Gambar itu merupakan milik bekas tunangnya tiga tahun dahulu. Walaupun mereka sudah lama berpisah, dia seakan-akan tidak boleh menerima hakikat bahawa gadis yang dia cintai dan dipuja itu telah menjadi milik orang.

 Senyuman gadis itu. Rajuk gadis itu. Dan hilai tawanya seakan-akan masih kedengaran dicuping telinganya. Gilakah dia, kerana terlalu mencintai gadis itu? Gilakah dia, sehingga sampai sekarang dia masih tidak boleh menerima hakikat itu? Hakikat yang mereka sudah lama berpisah. Hakikat yang mereka sudah lama tidak menyatu. Hahhh... dia mengeluh sendiri. Kertas kerja yang bertaburan diatas mejanya dipandang sepi. Tokkk..tokk..tokk.. Pintu pejabatnya diketuk dari luar.

 “Masuk!”. 

Dengan tergesa-gesa Firdaus terus menyembunyikan gambar itu. Dia berpura-pura menyibukkan diri dengan kertas-kertas kerjanya. Pintu pejabat itu terkuak. Kelihatan Malik sedang mula mengatur langkah memasuki bilik itu.  

  “Hahh.. apa mimpi kau pagi-pagi buta ni nak jumpa aku? Nak cuti ke?” sergah Firdaus. Malik yang baru berura-ura ingin duduk, tersengih kearah Firdaus. Macam tahu-tahu je mamat ni. Kihkihkihh. 

“Ishhh.. Fir, kau ni nak bagi aku mati awal ke? Main sergah je, cuba bagi salam sikit. Nampaklah sikit keciri-cirian lelaki melayu terakhir tu.Hehhehe”.

  “Banyaklah lelaki melayu terakhir kau! Ni kau masuk bilik aku nak apa? Cuti? Berapa hari?”.

  “Ishh.. kau ni Fir. Cubalah hati tu berperangsangka baik sikit. Ni tak, haishhh” Malik mengeleng-ngeleng kepalanya.

  “Heheheheh... tapi memang betul pun apa yang kau cakap tu...”sambung Malik.

  “Kannnnn......”Firdaus mengiayakan kata-kata pekerjanya. Huhh.. macamlah aku tak tahu kau tu Malik.

  “So... berapa hari?”

  “Tiga hari bos”.

  “Kau cuti apa sampai tiga hari tu? Nak kahwin?” sindir Firdaus.

  “Ishh.. ke situ pulak kau,Fir. Actually... mak dengan ayah aku nak buat kenduri sikit next week. Hurmm.. katanya kenduri arwah.Errrr.. kau kasi ke tak?”.

  “Bila harinya?”.

  “Err.. hari jumaat ni”.

  “Kau tak jemput aku ke?”.

  “Laaa.. kan sekarang aku tengah jemput kau la ni. Hurmm.. kau kasi ke tak ni?”.

  “Huhh..Macam tu pun ada? Hurmmm.. yelah aku kasi kau cuti. Tapi ingat kau jangan tak datang pulak lepas cuti ni. Kang nanti mak kau buatkan kenduri arwah sekali lagi”. Malik ketawa kecil mendengar gurauan sinis dari Firdaus. Huhhh.. sabor jelah! 

“Hahhaha.. yelah bos. Huhh.. jangan lupa bos, hari jumaat, sabtu dan ahad pukul 9;30 malam” Malik yang sudah memegang tombol itu memperingatkan Firdaus.

  “Huhhh.. yelah!”