Firdaus merenung kearah sekeping gambar yang
terlekat di komputernya. Lama. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sesuatu yang
hanya dia dan empunya gambar itu sahaja tahu. Ya. Gambar itu merupakan milik
bekas tunangnya tiga tahun dahulu. Walaupun mereka sudah lama berpisah, dia
seakan-akan tidak boleh menerima hakikat bahawa gadis yang dia cintai dan
dipuja itu telah menjadi milik orang.
Senyuman
gadis itu. Rajuk gadis itu. Dan hilai tawanya seakan-akan masih kedengaran
dicuping telinganya. Gilakah dia, kerana terlalu mencintai gadis itu? Gilakah
dia, sehingga sampai sekarang dia masih tidak boleh menerima hakikat itu?
Hakikat yang mereka sudah lama berpisah. Hakikat yang mereka sudah lama tidak
menyatu. Hahhh... dia mengeluh sendiri. Kertas kerja yang bertaburan diatas
mejanya dipandang sepi. Tokkk..tokk..tokk.. Pintu pejabatnya diketuk dari luar.
“Masuk!”.
Dengan tergesa-gesa Firdaus terus menyembunyikan gambar itu. Dia berpura-pura
menyibukkan diri dengan kertas-kertas kerjanya. Pintu pejabat itu terkuak.
Kelihatan Malik sedang mula mengatur langkah memasuki bilik itu.
“Hahh.. apa
mimpi kau pagi-pagi buta ni nak jumpa aku? Nak cuti ke?” sergah Firdaus. Malik
yang baru berura-ura ingin duduk, tersengih kearah Firdaus. Macam tahu-tahu je
mamat ni. Kihkihkihh.
“Ishhh.. Fir, kau ni nak bagi aku mati awal ke? Main
sergah je, cuba bagi salam sikit. Nampaklah sikit keciri-cirian lelaki melayu
terakhir tu.Hehhehe”.
“Banyaklah lelaki
melayu terakhir kau! Ni kau masuk bilik aku nak apa? Cuti? Berapa hari?”.
“Ishh.. kau
ni Fir. Cubalah hati tu berperangsangka baik sikit. Ni tak, haishhh” Malik
mengeleng-ngeleng kepalanya.
“Heheheheh... tapi memang betul pun apa yang kau cakap tu...”sambung
Malik.
“Kannnnn......”Firdaus mengiayakan kata-kata pekerjanya. Huhh.. macamlah
aku tak tahu kau tu Malik.
“So...
berapa hari?”
“Tiga hari
bos”.
“Kau cuti
apa sampai tiga hari tu? Nak kahwin?” sindir Firdaus.
“Ishh.. ke
situ pulak kau,Fir. Actually... mak dengan ayah aku nak buat kenduri sikit next
week. Hurmm.. katanya kenduri arwah.Errrr.. kau kasi ke tak?”.
“Bila
harinya?”.
“Err.. hari
jumaat ni”.
“Kau tak
jemput aku ke?”.
“Laaa.. kan
sekarang aku tengah jemput kau la ni. Hurmm.. kau kasi ke tak ni?”.
“Huhh..Macam
tu pun ada? Hurmmm.. yelah aku kasi kau cuti. Tapi ingat kau jangan tak datang
pulak lepas cuti ni. Kang nanti mak kau buatkan kenduri arwah sekali lagi”.
Malik ketawa kecil mendengar gurauan sinis dari Firdaus. Huhhh.. sabor jelah!
“Hahhaha..
yelah bos. Huhh.. jangan lupa bos, hari jumaat, sabtu dan ahad pukul 9;30
malam” Malik yang sudah memegang tombol itu memperingatkan Firdaus.
No comments:
Post a Comment