Thursday, 26 February 2015

Kerana Husna Part 2.

Firdaus merenung kearah sekeping gambar yang terlekat di komputernya. Lama. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Sesuatu yang hanya dia dan empunya gambar itu sahaja tahu. Ya. Gambar itu merupakan milik bekas tunangnya tiga tahun dahulu. Walaupun mereka sudah lama berpisah, dia seakan-akan tidak boleh menerima hakikat bahawa gadis yang dia cintai dan dipuja itu telah menjadi milik orang.

 Senyuman gadis itu. Rajuk gadis itu. Dan hilai tawanya seakan-akan masih kedengaran dicuping telinganya. Gilakah dia, kerana terlalu mencintai gadis itu? Gilakah dia, sehingga sampai sekarang dia masih tidak boleh menerima hakikat itu? Hakikat yang mereka sudah lama berpisah. Hakikat yang mereka sudah lama tidak menyatu. Hahhh... dia mengeluh sendiri. Kertas kerja yang bertaburan diatas mejanya dipandang sepi. Tokkk..tokk..tokk.. Pintu pejabatnya diketuk dari luar.

 “Masuk!”. 

Dengan tergesa-gesa Firdaus terus menyembunyikan gambar itu. Dia berpura-pura menyibukkan diri dengan kertas-kertas kerjanya. Pintu pejabat itu terkuak. Kelihatan Malik sedang mula mengatur langkah memasuki bilik itu.  

  “Hahh.. apa mimpi kau pagi-pagi buta ni nak jumpa aku? Nak cuti ke?” sergah Firdaus. Malik yang baru berura-ura ingin duduk, tersengih kearah Firdaus. Macam tahu-tahu je mamat ni. Kihkihkihh. 

“Ishhh.. Fir, kau ni nak bagi aku mati awal ke? Main sergah je, cuba bagi salam sikit. Nampaklah sikit keciri-cirian lelaki melayu terakhir tu.Hehhehe”.

  “Banyaklah lelaki melayu terakhir kau! Ni kau masuk bilik aku nak apa? Cuti? Berapa hari?”.

  “Ishh.. kau ni Fir. Cubalah hati tu berperangsangka baik sikit. Ni tak, haishhh” Malik mengeleng-ngeleng kepalanya.

  “Heheheheh... tapi memang betul pun apa yang kau cakap tu...”sambung Malik.

  “Kannnnn......”Firdaus mengiayakan kata-kata pekerjanya. Huhh.. macamlah aku tak tahu kau tu Malik.

  “So... berapa hari?”

  “Tiga hari bos”.

  “Kau cuti apa sampai tiga hari tu? Nak kahwin?” sindir Firdaus.

  “Ishh.. ke situ pulak kau,Fir. Actually... mak dengan ayah aku nak buat kenduri sikit next week. Hurmm.. katanya kenduri arwah.Errrr.. kau kasi ke tak?”.

  “Bila harinya?”.

  “Err.. hari jumaat ni”.

  “Kau tak jemput aku ke?”.

  “Laaa.. kan sekarang aku tengah jemput kau la ni. Hurmm.. kau kasi ke tak ni?”.

  “Huhh..Macam tu pun ada? Hurmmm.. yelah aku kasi kau cuti. Tapi ingat kau jangan tak datang pulak lepas cuti ni. Kang nanti mak kau buatkan kenduri arwah sekali lagi”. Malik ketawa kecil mendengar gurauan sinis dari Firdaus. Huhhh.. sabor jelah! 

“Hahhaha.. yelah bos. Huhh.. jangan lupa bos, hari jumaat, sabtu dan ahad pukul 9;30 malam” Malik yang sudah memegang tombol itu memperingatkan Firdaus.

  “Huhhh.. yelah!”

Sunday, 12 May 2013

Kerana Husna (Sinopsis)


  Husna Humaira, seorang gadis yang berusia 16 tahun telah dipaksa untuk berkhawin dengan Firdaus Khairi, seorang jejaka tampan yang tua 10 tahun darinya. Sepanjang perkhawinan mereka, Firdaus mula menyelami hati isterinya. Dalam diam, Husna juga mula membuka hatinya perlahan untuk menerima suaminya, Firdaus. Namun dalam keadan mereka mula membina ikatan sebagai suami isteri, muncul semula kekasih lama Zalina kembali menagih kasih. Husna yang buntu dengan sikap Firdaus yang mula merubah dek kerana perbuatan jahat manusia yang dengkikan akan hubungan mereka ditambah pula rungsing dengan karenah Fekar yang masih menaruh harapan terhadapnya.

  "Inilah girlfriend I merangkap isteriku yang pertama dan terakhir. Tengok dua sekali gus! Kau ada?" Firdaus.

 "Feq tahu.. Husna kahwin dengan dia pun sebab terpaksakan? Mengaku jelah yang Husna masih sukakan Feq, habis cerita!" Fekar.

  "Ye memang betul. Dia suami aku! Suamiku yang bernama Firdaus Khairi. Seorang lelaki yang poyo dan errrrrr... Hahhh..part tu aku takboleh cerita!. Takut kau termuntah kejap lagi kang! Hahhahahah!" Husna.

  "I'm knew, I was wrong. But.. hey! We still have the time to move on and we can start to built our new relationship, right? Come on.. don't tell that you love her?" Zalina.


Monday, 22 October 2012

I Love You Najwa!! SINOPSIS


  Betul cakap orang, hanya disebabkan cinta saja, kehidupan seseorang dahulu yang seperti berada di kayangan, boleh huru-hara! Hanya disebabkan seseorang itu telah jatuh cinta!!!
Dan itulah yang telah terjadi kepada Syed Nazirul Syamien apabila dia tidak dapat melupakan Nurul Najwa, seorang gadis yang berkulit sawo matang dan mempunyai perangai seperti kanak-kanak walaupun umurnya sudah 16 tahun!
  Senyuman gadis itu yang mempesonakan, sememangnya boleh membuat dia sasau dan silap hari bulan dia bakal menempah penginapan secara percuma di hospital gila!!


PESANAN PENAJA> http://wanieyzuki.blogspot.com/ blog ini telah ditutup kerana masalah email dan
                                     Wanie meminta maaf kerana tidak dapat menyiapkan novel sebelum ini secara
                                     sepenuhnya. Insyaallah, Wanie akan cuba untuk menyiapkan enovel-enovel
                                     sebelum ini, dan Wanie minta maaf jika wanie ada buat silap selama wanie berbelog
                                     ini> 2011-2012 ... sekian terima kasih.. assalamualaikum.. wbt..salam sejahtera...
                                     selamat membaca!!